Saturday 17 November 2012

penatnye nk pegi sekolah


Pertama sekali, linee nak tanya .. Siapa sini masih pelajar sekolah ??? Kalau korang rasa korang masih lagi murid sekolah, silakanlah baca sampai habis . linee jamin korang lebih semangat nak pergi sekolah nanti! Kakak-kakak dan abang-abang yang dah masuk universiti tu, cepat tekan SINI ! Di bawah ni linee ada senaraikan beberapa alasan famous murid-murid macam kita malas pergi sekolah dan cara-cara atasinya:

A) ALASAN TAK NAK KE SEKOLAH
1. Tak siap kerja sekolah
Alasan ni yang paling kerap linee dengar . Nak tahu cara atasi masalah ni tak? Macam ni .. Pertamanya of course korang patut siapkan kerja sekolah korang . Walau apa cara sekalipun , cuba siapkan jugak . Bukannya susah sangat, kalau korang biasakan diri buat kerja sekolah, tak da masalah punya . Tak caya ?? Terpulanglah ..  

2. Ada masalah antara persahabatan
Perkara kecil je ni kawan-kawan ! Tak payahlah ambil berat sangat . Yang penting fikir, 'tujuan aku pergi sekolah nak timba ilmu' . Janganlah asyik fikir benda-benda yang boleh serabutkan fikiran ja . Takke buang masa gitu ? Utamakan yang penting dulu, masalah lain fikir kemudian . Tolak tepi !

3. Malas bangun pagi
Yang ni tak hairanlah . Semua orang malas nak bangun ! Tambah-tambah sekolah pagi . Dah melekat kat katil, jangan haraplah nak bangun berdiri tegak segar . Mungkin ada la jugak jenis semangat cintakan ilmu sampai bangun pagi pun rajin . Mintak tips sikit ! Hehe . 

B) CARA-CARA MENGATASINYA
1. Usaha menyiapkan kerja sekolah
Macam mana tu linee ??? Ok, dengar sini meh .. Sebenarnya tak susah, tapi sikap tangguh-menangguh kerja sekolah tu yang menyebabkan korang ambil ringan bab-bab kerja sekolah ni . Jangan macam tu ! Kalau korang amalkan sikap tu, lama-lama kerja sekolah korang jadi banyak lepas tu mulalah melenting, "Alah, banyaknya ! Malas lah nak buat ." Kan dah ... Jadi penyelesaiannya, tak perlu cakap banyak . Buat je ! InsyaAllah, kalau tak 1 jam, mungkin ambil masa 2 jam je bila korang tumpukan perhatian.

2. Luahkan kepada orang lain
Ada kawan baik ? Ada diari ? Ada blog ? Mesti ada kan .. Senang je caranya, korang hanya perlu luahkan segala yang terbuku dalam hati . >.< Tiba-tiba jadi romantik pulak ye . Dengan cara ni hilanglah sikit rasa stress korang yang membuak-buak . Ikut tau !

3. Tanamkan azam yang memberi semangat
Nak jadi kaya ? Pandai ? Dihormati ? Nilah satu cara nak capai impian korang tu ! Macam ni .. Pagi-pagi, bagitau diri sendiri, "nak jadi pandai / kaya / dihormati kena belajar" . Bayangkan bila besar nanti korang duduk rumah besar, kerja arkitek ke, disegani pulak tu .. Wahh, bestnye kan.


Betul tak ? Betul tak ? Mengaku aje la .. Tak yahlah lindung . linee pun sama je ! linee buat tips ni sekadar nak share je dengan korang, bukan tunjuk hebat ke ape . Sharing is caring right ???ok la tu je yg linee nk share kan

No comments:

Post a Comment